Tuesday 26 February 2013

TAT NENAS



Tat Nenas. 
Catchy kan nama dia? Ni lah tajuk teater kolej aku:
Halusinasi, Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya.

Time aku first baca skrip ni, aku macam..Nervous. Sebab aku tak reti berlakon, tak pernah pon menceburkan diri dalam bidang lakonan, tapi niat di hati ingin berlakon, nak cuba, sebab aku minat. Jadi nervous because watak dalam cerita ni ada 4 je: 

Bijou (watak utama), Juwita, Pak Leh, and Awan.

So you know, I can be very insecure with myself sebab rasa tak mampu nak buat. Time sebelum casting tu, dah macam ayam berak kapur. Takut gila. Yelah, nak compare dengan my competitors, rasa macam tak layak dan kerdil je. Honestly. Time casting tu, I just did what I thought was right. Yelah, I know nothing about theater. So, main bedal jelah cerita dia. And suprisingly, I got one of the female roles dalam cerita ni. Watak tu nama dia Juwita. Watak ni aku faham sebab sedikit sebanyak watak ni macam aku jugak. But a lil bit different in certain ways. Hah kelas u'ollls. I didn't try out for watak Bijou sebab sumpah tak faham watak dia ni. So, passsssssssss. 

Speaking of watak Juwita ni, banyak jugak scene yang awkward, and seductive sikit.  And time show tu, audience went 'wooooo, eeeewwww, ughhhh,  aaaaaaa' jugak lah. =.='

Aku baru je join Halusinasi this year. And sumpah cakap, it's the best club that I have ever joined, so far. Menyesal sebab tak join since last year. Time first year dulu malu-malu, segan nak berlakon. Alah, sekarang pon sama je, still segan, still tak percaya pada diri, still tak berubah. Cuma, dapat kekuatan sikit bila ada orang yang lebih percaya dekat aku more than I believe in myself. So, rasa macam, let's just give it a try. And that is one of the best decisions I have ever made. Sebab Halusinasi ni macam one big family tao. All the seniors turun bagi support, seniors yang dah habis belajar pon bagi support, rasa macam, wow gila. 

And our Director adalah Abang Modee. He's damn awesome!!! Serious! Banyak gila yang dia ajar pasal teater and how to act. Dia cakap, kita act on the stage adalah untuk entertain people, jangan fikir untuk menunjuk nunjuk ke nak berlagak ke apa ke. And, before masuk scene, ingat kita dari mana supaya kita tahu mana halu tuju kita, tak menonong je masuk tak tahu apa and  merely blurting out the lines. Paling penting is to have fun while doing it, don't rush your lines, and just have fun. Energy level kena sentiasa tinggi, jangan sekali pun biar energy jatuh. Pernah this one time tengah rehearse, dia suruh kita orang stop, and dia susun 4 kerusi jarak jarak and dia suruh kita orang merangkak bawah kerusi tu sambil sebut lines. God! It was damn tiring and rasa nak give up je. Tangan lebam lebam, bengkak bengkak bagai. Dia suruh kita orang merangkak bawah kerusi sambil sebut lines sebab nak suruh kita orang bagi energy time cakap lines tu. Fuhhhh. Kenangan betul. =.=' And macam macam lagi dia ajar. Aku yang daripada kayu gila berlakon jadi lembut sikit. 

Assitant Director pulak Popo. He's very supportive and he trusts me more than I trust myself. When I have doubts he'd say "I believe in you. You can do this." He gave all of us support, and push us to the very core. Sampai ada this one time I just feel like giving up sebab so many things happened at one time. But he pulls us together. Ensure that our show runs smoothly and everything. And susah nak cari orang yang support our interest, yang hina yang kutuk memang ramai. Yang ignore, tak bagi kata kata semangat langsung pun ada.Though I personally went against him so many times, and macam macam lah. Sorry Popo.

GP pulak Music Director. Ni lagi sorang yang selalu bagi semangat. Because my scenes banyak kena nyanyi. And I never hit the right note. NEVER. Sumpah down gila sampai stress nak mati. Ada this one point, I care more on my singing rather than my acting. But he cakap, "as long as you masuk betul, tak lari tempo, it's fine. Ni pertandingan teater, bukan pertandingan nyanyian. So, jangan risau sangat."
But frankly speaking, I think a lot about the singing part. Dah lah one day before the show, I lost my voice. HILANG SUARA! Waktu tu dah freak out gila dah. Confidence was at it's lowest point. Suara dah macam bapuk, pakai wig and make up tebal menyerupai seorang bapuk, so memang cukup pakej seorang bapuk. Sumpah down. Stress. Tak tahu nak handle macam mana. GP bagi semangat, then Shuk (Shukri nama sebenar) tarik pi tepi one hour before 'the' show and cakap I look miserable. And he cakap, jangan sebab my worries on the singing part, jeopardize my entire performance. And I was like.. And he cakap few more things which really encouraged me. Thanks Shuk, thanks GP.

But still, I sang only one song. Sepatutnya dua lagu, but sebab tak mampu, so Din (yang memegang watak Awan) kena nyanyi lagu tu. Thank you Din. :) Same goes to Aloi (yang memgang watak Pak Leh). Banyak bagi support and dorongan and orang yang paling aku rasa selesa with dalam Halusinasi. Husna (yang memegang watak Bijou) whose acting was superb, awesome hebat gila etc. I'm praying hard that you'd be nominated as one of the best actresses darling. You were so good! And to all the arca's; Emma, Qiela, Manis and Edwin, thanks for making the show interesting and for adding flavours to it. You guys were good  too! :)

And to the whole entire team, thanks for the bitter sweet experience. I honestly can't wait for next year's Karviter. Berlakon atau tidak bergantung pada nasib. Kalau orang still percaya pada diri ini, and nampak my capabilities, and terpilih, mungkin akan berlakon. If not, tak lah, tak ada rezeki. :) And now, I really miss my Halus family. :(

So that's all for now.  Papai!






Wednesday 13 February 2013

Sarcastic

Who do you trust in life? Siapa? Pernah tak kau terfikir orang yang kau percaya tu khianat kau? Or maybe, kau memang dah tahu dari mula lagi dia tak suka kau, tapi kau cuba untuk jadi kawan dengan dia. But along the way, you got the feeling that it will never happen. But still, kau bagi kepercayaan dekat dia sebab kau lagi percaya dekat dia daripada orang lain. Pathetic isn't it? Bukan, tu bodoh nama nya.

Aku tahu aku adalah masalah nya. Tapi aku tak tahu mana salah nya dengan diri ini. Kau tahu? Kalau tahu tolong bagitahu sikit. Sumpah aku blur. Aku tak nampak diri aku macam mana kau orang nampak aku. So, please enlighten me. No heart feeling, I promise you. Aku cuma nak jadi someone yang orang lain selesa dengan. Yang bila orang nampak je, dari jauh dah "Whatsupppppppppppppppppppppppp babe?!". Ok tak delah jauh sangat, tapi nampak pun dah tegur sakan. Macam tu lah.

Aku faham lah jugak. Dah memang nature aku jadi annoying gedik mengada segala bagai. Pasal tu ek? Hah sedar pun. Mungkin sifat inlah yang buat orang benci kau. Tak paham paham lagi? Ok, aku boleh tone down sikit. Pedehal. No problemo. Tapi, kalau gedik kau aku boleh terima pakai, tak judge pun kau jenis apa, tak canang pun dekat orang sana sini pasal kau, asal kau nak buat macam tu dekat aku? Bukan lah aku nak kata ada orang canang pasal aku, just saying, kalau ada, sila lah terasa, kalau tak ada, tak perlu menyirap.

Mungkin zaman untuk orang menjadi selesa dengan aku has long gone, because I have never faced with this kind of shit ever, before. Maybe the society I was in before this was more accepting, and less judgmental. Mungkin la. Sebab aku dapat rasa yang zaman childhood aku, aku lah orang yang paling friendly, paling orang selesa, paling disayangi segala bagai lah. Naik sekolah menengah pun aku still tak ada masalah nak mencari kawan. Serious. Senang je. Kawan gelak bersepah, kawan menangis yang setia hujung nyawa pun ada. In fact, sampai sekarang pun masih kawan baik yang paling baik aku pernah ada. Tu baru precious. Macam diamond. Shine bright like a diamond. Eh.

Baiklah, berbalik kepada isu sebentar tadi, aku still rasa bengang dengan diri ini, sebab lepas je sekolah menengah, masuk PLKN, aku susah gila nak dapat kawan, perempuan. Kawan laki time PLKN semua baik dengan aku, dah kira bros aku dah. Tak ada lah menyakit kan hati macam sesetengah tu. Yang pengkid pon baik dengan aku. Sampai buat aku terharu berkali kali. Yang perempuan time PLKN pun ada jugak, Nashawieyah. Kamcing gila. Sebab dia pun gila-gila orang nya, so masuk lah nak buat apa pun. Kau memang best doe Nasha. Tapi lepas PLKN, dah tak rapat sangat dah. Kontek pun sekali sekala. Tak apa babe, asalkan aku still ingat dekat kau.

And similarly, masuk Asasi, lagi macam kutu babi. Langsung tak ada kawan. Aku dengan dunia aku, tak peduli tak masuk campur hal orang tak ingin tahu pasal sesiapa pun. Haaa. Mungkin inilah penyebab nya. Ini lah dia. Start Asasi ni lah aku jadi kurang mendapat kawan. Time Asasi dulu, aku rapat dengan roomate aku tu je, Nadyra. Minah ni lagi gila. Haha. Sumpah epik. Teringat dekat dia buat aku nak gelak selama 5 minit tanpa henti. kahkah. Dia budak TESL, cantik orang nya. Dengan dia nie, segala masalah in and out aku cerita. Dia pun sama. Kalau nak diikut kan, kita orang memang rapat gilos. Sekepala. Sekarang dia dekat UIA. Aku pulak dekat UM. And sadly,  dah tak rapat sangat dah. Tapi still kontek lah jugak.  Kawan kelas, tak rapat sangat. Tapi time tu, aku tak sedar pun penting nya kawan nie. Aku macam, ahh whatever. Still hidup tak ada ramai kawan pun. Gitu lah. Bodoh sungguh.

Masuk UM, bertambah kronik. Sampai aku tak tahu siapa kawan, siapa haiwan siapa lawan. Semua baik depan aku, dekat belakang, Nauzubillah. Sumpah aku tak paham doe, apa masalah kau sebenarnya? Kau tu merujuk kepada sesiapa sahaja. Tiada orang yang spesifik. Aku bukan lah nak kata yang aku nie angel baik hati konfem masuk syurga, tapi, aku tak adalah nak jadi talam bermuka muka macam kau. Aku senang je, kalau aku tak suka, aku cakap, confront, dah tu aku langsung tak nak masuk campur hal kau, aku dah tak mungkin akan rapat dengan kau.Lagi senang daripada aku mengumpat kau secara berjemaah. Tapi kadang-kadang tu terkeluar jugak lah. Maaf.

Pernah aku cerita masalah dekat seorang gadis ini, and aku betul betul percaya dekat dia, and dia pun siap kata your secret is safe with me, but it turned out to be totally different. Dia buat cerita pasal aku. Mak ai. Robek hatiku. Macam mana aku tahu? Salah seorang daripada orang yang dia pergi buat cerita tu, cakap dekat aku. Perghhhhh. Tapi aku buat bodoh jelah. Sebab aku dah tahu. Tapi memang harapan lah aku nak percaya dekat kau dah. Tu memang dah bukak lampu, suluh dengan torchlight lagi cerita nya.

Tapi yang senyap senyap ni yang bahaya, wah depan bukan main lagi kau punya mulut manis macam gula, pusing belakang je sikit muka dah macam jelebo. Hah pi cari maksud jelebo tu apa. JELEBO.

Aku rasa aku nie melalut panjang yang amat. Tajuk entry nie Sarcastic, tapi sarcastic ke? Macam mengekspresi kan apa yang terbuku dihati je. Ya, memang. Kalau kau nak terasa, terasa lah sila kan sila kan. Kalau tak, ah aku nak kau terasa jugak.

Konklusinya, makin aku meningkat dewasa, semakin susah untuk aku kenal seseorang yang bernama 'kawan'. Ke, aku yang sudah hilang pengertian tentang definisi itu. Mungkin, maksud 'kawan' pada zaman moden ini termasuklah tikam-menikam dari belakang, kata-mengata, aku-lagi-bagus-dari-kau,  mulut-manis-macam-gula-hati-hitam-macam-puaka, dan mungkin aku-kawan-dengan-kau-sebab-nak-popular-semata-mata. Tapi tak jugak, ada je aku tengok orang yang berkawan memang betul betul kawan. Naik jatuh bersama. Sumpah aku jealous. Jealous ya amat.

Sepatutnya, orang umur aku nie dah sibuk mencari teman hidup, aku pulak sibuk mencari kawan sejati di universiti. Buat masa nie, aku tak peduli kalau ada lelaki nak kat aku ke tak, sumpah aku tak peduli sekarang. Tapi aku betul betul serious dalam mencari kawan perempuan. huhu. Ke aku nie lesbian? :O jk.

And as for now, to my best friend in the whole wide world:
AFIQAH IZZATI MAZLAN
My prayers will always be with you. :)

Sekian.