Saturday 19 May 2012

Darah manis

Kehadapan kawan-kawan ku yang dikasihi,

Beberapa hari yang lepas, abang ku telah mengalami suatu kemalangan jalanraya ketika beliau sedang hendak pulang ke rumah kami di Kuala Kangsar, Perak. Semasa itu, beliau sedang memandu dengan keadaan yang agak laju di daerah Gunung Berapit, Perak, di petang hari. Dia baru sahaja lepas menjalankan tugas beliau sebagai seorang doktor di Hospital Taiping.  Hatinya berbunga-bunga riang dan beliau berasa sangat gembira ingin pulang ke rumah untuk berada disamping Ummi dan kakak tercinta. Semasa itu, daku berada di Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya. Sungguh jauh. Hatiku menyampah dan menyumpah.

Menurut beliau, penat katanya. Penat sangat. Tambahan pula, setelah beliau habis menjalankan tugas, beliau pergi mandi. Makanya, semasa beliau memandu, di tambah pula dengan kesejukan dan kedinginan penyaman udara, beliau berasa sungguh asyik. Mata pun semakin kuyu katanya. Dan ketika itu, lagu Alhamdullilah nyanyian Yassin berduet bersama Joe Flizzo ke Malik, daku tidak pasti, sedang berkumandang di corong radio. Beliau kata beliau mengikut rentak lagu tersebut sambil kepala tergoyang-goyang dan jari mengetuk-ngetuk stereng kereta. Namun, sesudah nya lagu itu tamat, beliau kata beliau terasa seperti berjuta syaitonnirajim sedang bergayut di atas matanya. Lantas, beliau terlelap. Inallilah.

Kereta nya berpusing 360 darjah setelah berlanggar dengan sebiji kereta Avanza. Dan lantas, melintang di tengah jalanraya. Kereta nya hancur teruk. Sudah tidak seperti sebiji kereta lagi rupanya. Kerosakan yang dialami amat dasyat sekali. Kereta Avanza milik Abang Kacak yang dilanggar nya turut mengalami kerosakan yang amat besar. Abang Kacak itu pun cedera parah. Lagi parah daripada Abang Ujai. Kepala nya perlu dijahit dan beliau pengsan setelah perlanggaran itu tercetus. Sungguh pun begitu, Abang Ujai tidak lah cedera parah.  Syukur Alhamdullilah. Beliau hanya mengalami luka-luka dan lebam-lebam dan kecederaan ringan di bahagian kaki dan dadanya. Abang Kacak itu cedera teruk kerana tidak mempunyai beg udara. Abang Ujai mempunyai dan beg udara tersebut keluar dalam setengah saat. Ini menunjukkan kepentingan beg udara ya. Nasib baik sungguh. Namun begitu, kecederaan di muka nya agak ketara dan daku gemar menyakat nya dengan berkata: " pengantin sudah tidak kacak lagi". Beliau hanya mampu tersenyum dan menunjukkan barisan gigi putih nya yang tersusun rapi dan tidak rongak akibat daripada kemalangan tersebut. Sekali lagi, nasib baik. Ya, daku merupakan adik yang kejam. 

Jikalau dilihat dari aspek undang-undang pula, sungguh abangku bersalah kerana beliau cuai. Senang sahaja orang itu boleh menyaman nya. Namun, Abang Kacak itu bukan sahaja kacak, malah baik hati juga orang nya. Beliau berkata, "tidak mengapa..sudah suratan takdir menentukan". Seorang calon suami yang baik. Alhamdulillah sekali lagi.

Semasa kakak melafazkan kata-kata bahawasanya Abang Ujai kemalangan, daku merasa kan seperti dunia berhenti berputar dan jantungku sudah tidak berdetak lagi. Sungguh daku terpempan dengan khabar berita tersebut. Sewaktu itu, daku sedang berada di dalam bilik menuggu masa untuk ditemuramah untuk menjadi Pembantu Mahasiswa Kolej Kelima. Usah ditanya mengenai sesi temuramah tersebut. Daku tidak tahu daku bebelkan apa sehingga apabila ditanya tentang apakah aktiviti lain yang perlu diadakan untuk menjadikan minggu haluansiswa lebih ceria, daku menjawab dengan mengadakan sukaneka. Sunggu bodoh dan tidak relevan. Daku kecewa dengn diri sendiri. 

Air mata mula memenuhi ruang mata ku, dan merembes keluar seperti air hujan membasahi bumi setelah mengetahui kecelakaan yang melanda abang. Tambahan pula, kakak menceritakan bahawa Ummi telah meraung-raung. Hati seorang ibu, tiada siapa yang tahu. Daku menjerit mahu pulang. Tetapi, Ummi, kakak dan abang tidak bagi daku pulang. Daku sudah menangis tidak cukup nafas. Daku bertekad dan bernekad mahu pulang juga. Ummi sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi kerana sudah semestinya daku yang pasti menang dalam situasi apa pun. Sungguh tidak beretika. Namun, daku sudah tidak peduli. Yang pasti, daku mahu pulang! Jikalau mampu, saat dan ketika itu jugak daku mahu balik. Namun disebabkan sudah lewat malam, dan tiada keretapi yang boleh didapati pada ketika itu, maka daku terpaksa tunggu sehingga keesokan harinya. Sungguh tidurku tidak lena mahupun diulit mimpi yang indah. Cepat lah pagi hatiku merintih. Abang Ujim tidak mampu pulang dan beliau juga ditegah oleh Ummi untuk balik kerana Ummi risau juga dengan pemanduannya. Kerana beliau memandu kereta sepeti memandu kapal terbang. Aci redah sahaja.Tambahan pula, beliau perlu memandu kapal terbang seawal 6 pagi keesokan harinya. Ummi berkeras menyuruh nya jangan pulang, Beliau terpaksa akur.

Celik sahaja mata daripada tidur. Daku bergegas mengemas beg dan menyiapkan diri dan melihat tiket keretapi elektrik ada pukul berapa di laman sesawang. Cantik. Pukul 10.55 ada. Daku pun menahan teksi dan bergegas menuju ke Sentral Kuala Lumpur.  Oleh kerana terlalu ingin cepat, dan kadar kecuaian ku sudah sememangnya tinggi, daku tertinggal pengecas telefon bimbitku. Maka nya, satu-satu nya cara untuk daku berhubung dengan dunia luar adalah melalui internet semata-mata.Sungguh mengharukan.

Hatiku juga berasa sungguh tenang dan lega apabila tidak dikacau oleh orang pelik dan merunsingkan sepanjang keberadaan daku di dalam keretapi tersebut, seperti yang terjadi minggu lepas. Tiada juga hadiah-hadiah pelik menjadi milikku. Syukur hendaknya. 

Sesampai nya daku di Ipoh, daku disambut oleh Abang Ujai. Ummi dan kakak berada di dalam kereta. Hati ini melonjak kegembiraan melihat jasad abangku. Sungguh, daku berasa lega dan bersyukur.

Jadi, apakah kaitannya tajuk entri darah manis ini dengan isi penting entri ini? Hal ini disebabkan oleh abang ku bakal berkahwin awal bulan enam ini. Maka Ummi kata beliau berdarah manis jadi hendaklah lebih berhati-hati. Daku pun tidak pasti dengan relevensi terma ini, kerana setahu daku, penggunaan darah manis adalah untuk mereka yang selalu menjadi bahan makanan utama para nyamuk. Orang yang berdarah manis adalah orang yang nyamuk suka gigit dan hisap darahnya. Otakku bercelaru.

Maka sampai disni sahaja entri daku mengenai abangku. 

Dan, sesungguhnya sungguh penat menggunakan bahasa baku. Namun, daku telah dicabar oleh seseorang. Lihatlah hasilnya, Bahasa Melayu ku sungguh mantap.Bangga Cikgu Sauyah mengajarku sehingga mendapat A+ semasa SPM. Ada berunsur riak dan takbur disitu. Ampun.

Akhir kata, maaf sekiranya coretan ku ini menggangu ruangan hidup mu. Kau maaf kan lah oh.

5 comments:

  1. Yela awkkkkk... nanti kite bagi kad kawin ye... :)

    ReplyDelete
  2. Semoga Abang Kacak cepat sembuh. Nanti nak kenduri adalah wajibun untuk menjemput daku.

    ReplyDelete
  3. HArusss lah weyh!kwn2 ak wajib! hewhehwhew

    ReplyDelete
  4. LuckyClub: Play at the most interesting online casino site
    At LuckyClub we have a diverse selection of casino games with generous promotions, luckyclub big wins & more! Find the top casino sites to play

    ReplyDelete