Saturday 19 May 2012

Darah manis

Kehadapan kawan-kawan ku yang dikasihi,

Beberapa hari yang lepas, abang ku telah mengalami suatu kemalangan jalanraya ketika beliau sedang hendak pulang ke rumah kami di Kuala Kangsar, Perak. Semasa itu, beliau sedang memandu dengan keadaan yang agak laju di daerah Gunung Berapit, Perak, di petang hari. Dia baru sahaja lepas menjalankan tugas beliau sebagai seorang doktor di Hospital Taiping.  Hatinya berbunga-bunga riang dan beliau berasa sangat gembira ingin pulang ke rumah untuk berada disamping Ummi dan kakak tercinta. Semasa itu, daku berada di Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya. Sungguh jauh. Hatiku menyampah dan menyumpah.

Menurut beliau, penat katanya. Penat sangat. Tambahan pula, setelah beliau habis menjalankan tugas, beliau pergi mandi. Makanya, semasa beliau memandu, di tambah pula dengan kesejukan dan kedinginan penyaman udara, beliau berasa sungguh asyik. Mata pun semakin kuyu katanya. Dan ketika itu, lagu Alhamdullilah nyanyian Yassin berduet bersama Joe Flizzo ke Malik, daku tidak pasti, sedang berkumandang di corong radio. Beliau kata beliau mengikut rentak lagu tersebut sambil kepala tergoyang-goyang dan jari mengetuk-ngetuk stereng kereta. Namun, sesudah nya lagu itu tamat, beliau kata beliau terasa seperti berjuta syaitonnirajim sedang bergayut di atas matanya. Lantas, beliau terlelap. Inallilah.

Kereta nya berpusing 360 darjah setelah berlanggar dengan sebiji kereta Avanza. Dan lantas, melintang di tengah jalanraya. Kereta nya hancur teruk. Sudah tidak seperti sebiji kereta lagi rupanya. Kerosakan yang dialami amat dasyat sekali. Kereta Avanza milik Abang Kacak yang dilanggar nya turut mengalami kerosakan yang amat besar. Abang Kacak itu pun cedera parah. Lagi parah daripada Abang Ujai. Kepala nya perlu dijahit dan beliau pengsan setelah perlanggaran itu tercetus. Sungguh pun begitu, Abang Ujai tidak lah cedera parah.  Syukur Alhamdullilah. Beliau hanya mengalami luka-luka dan lebam-lebam dan kecederaan ringan di bahagian kaki dan dadanya. Abang Kacak itu cedera teruk kerana tidak mempunyai beg udara. Abang Ujai mempunyai dan beg udara tersebut keluar dalam setengah saat. Ini menunjukkan kepentingan beg udara ya. Nasib baik sungguh. Namun begitu, kecederaan di muka nya agak ketara dan daku gemar menyakat nya dengan berkata: " pengantin sudah tidak kacak lagi". Beliau hanya mampu tersenyum dan menunjukkan barisan gigi putih nya yang tersusun rapi dan tidak rongak akibat daripada kemalangan tersebut. Sekali lagi, nasib baik. Ya, daku merupakan adik yang kejam. 

Jikalau dilihat dari aspek undang-undang pula, sungguh abangku bersalah kerana beliau cuai. Senang sahaja orang itu boleh menyaman nya. Namun, Abang Kacak itu bukan sahaja kacak, malah baik hati juga orang nya. Beliau berkata, "tidak mengapa..sudah suratan takdir menentukan". Seorang calon suami yang baik. Alhamdulillah sekali lagi.

Semasa kakak melafazkan kata-kata bahawasanya Abang Ujai kemalangan, daku merasa kan seperti dunia berhenti berputar dan jantungku sudah tidak berdetak lagi. Sungguh daku terpempan dengan khabar berita tersebut. Sewaktu itu, daku sedang berada di dalam bilik menuggu masa untuk ditemuramah untuk menjadi Pembantu Mahasiswa Kolej Kelima. Usah ditanya mengenai sesi temuramah tersebut. Daku tidak tahu daku bebelkan apa sehingga apabila ditanya tentang apakah aktiviti lain yang perlu diadakan untuk menjadikan minggu haluansiswa lebih ceria, daku menjawab dengan mengadakan sukaneka. Sunggu bodoh dan tidak relevan. Daku kecewa dengn diri sendiri. 

Air mata mula memenuhi ruang mata ku, dan merembes keluar seperti air hujan membasahi bumi setelah mengetahui kecelakaan yang melanda abang. Tambahan pula, kakak menceritakan bahawa Ummi telah meraung-raung. Hati seorang ibu, tiada siapa yang tahu. Daku menjerit mahu pulang. Tetapi, Ummi, kakak dan abang tidak bagi daku pulang. Daku sudah menangis tidak cukup nafas. Daku bertekad dan bernekad mahu pulang juga. Ummi sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi kerana sudah semestinya daku yang pasti menang dalam situasi apa pun. Sungguh tidak beretika. Namun, daku sudah tidak peduli. Yang pasti, daku mahu pulang! Jikalau mampu, saat dan ketika itu jugak daku mahu balik. Namun disebabkan sudah lewat malam, dan tiada keretapi yang boleh didapati pada ketika itu, maka daku terpaksa tunggu sehingga keesokan harinya. Sungguh tidurku tidak lena mahupun diulit mimpi yang indah. Cepat lah pagi hatiku merintih. Abang Ujim tidak mampu pulang dan beliau juga ditegah oleh Ummi untuk balik kerana Ummi risau juga dengan pemanduannya. Kerana beliau memandu kereta sepeti memandu kapal terbang. Aci redah sahaja.Tambahan pula, beliau perlu memandu kapal terbang seawal 6 pagi keesokan harinya. Ummi berkeras menyuruh nya jangan pulang, Beliau terpaksa akur.

Celik sahaja mata daripada tidur. Daku bergegas mengemas beg dan menyiapkan diri dan melihat tiket keretapi elektrik ada pukul berapa di laman sesawang. Cantik. Pukul 10.55 ada. Daku pun menahan teksi dan bergegas menuju ke Sentral Kuala Lumpur.  Oleh kerana terlalu ingin cepat, dan kadar kecuaian ku sudah sememangnya tinggi, daku tertinggal pengecas telefon bimbitku. Maka nya, satu-satu nya cara untuk daku berhubung dengan dunia luar adalah melalui internet semata-mata.Sungguh mengharukan.

Hatiku juga berasa sungguh tenang dan lega apabila tidak dikacau oleh orang pelik dan merunsingkan sepanjang keberadaan daku di dalam keretapi tersebut, seperti yang terjadi minggu lepas. Tiada juga hadiah-hadiah pelik menjadi milikku. Syukur hendaknya. 

Sesampai nya daku di Ipoh, daku disambut oleh Abang Ujai. Ummi dan kakak berada di dalam kereta. Hati ini melonjak kegembiraan melihat jasad abangku. Sungguh, daku berasa lega dan bersyukur.

Jadi, apakah kaitannya tajuk entri darah manis ini dengan isi penting entri ini? Hal ini disebabkan oleh abang ku bakal berkahwin awal bulan enam ini. Maka Ummi kata beliau berdarah manis jadi hendaklah lebih berhati-hati. Daku pun tidak pasti dengan relevensi terma ini, kerana setahu daku, penggunaan darah manis adalah untuk mereka yang selalu menjadi bahan makanan utama para nyamuk. Orang yang berdarah manis adalah orang yang nyamuk suka gigit dan hisap darahnya. Otakku bercelaru.

Maka sampai disni sahaja entri daku mengenai abangku. 

Dan, sesungguhnya sungguh penat menggunakan bahasa baku. Namun, daku telah dicabar oleh seseorang. Lihatlah hasilnya, Bahasa Melayu ku sungguh mantap.Bangga Cikgu Sauyah mengajarku sehingga mendapat A+ semasa SPM. Ada berunsur riak dan takbur disitu. Ampun.

Akhir kata, maaf sekiranya coretan ku ini menggangu ruangan hidup mu. Kau maaf kan lah oh.

Monday 7 May 2012

Malam Penghargaan Dayasari, MPD 2011/2012

05.05.2012. 
Ini lah tarikh MPD, My college annual dinner. Buat dekat Tingkat 5 Grand Ballroom Summit Hotel Subang USJ. Huhu..Yup. I was the Emcee. Me and Cik Bie. Cakap pasal Cik Bie nie, I rasa suara dy oh-sangat-lah sedap. My voice yang tak berapa nak sedap nie pon boleh diselamatkan sbb partner dengan beliau. Sumpah sedap gyle. Well, that's my opinion. Orang lain, I don't know lah.. But I hope the crowd pon rasa macam tu lah kan. Nanti kalau anyone nak amik emcee, boleh lah cari beliau ye. :) I pulak malam tu, asyik di suruh dekat kan mulut ke mike je. Sebab suara slow. Dah la slow, dia jadi nyaring pulak. Sobsobsob. Dyorang cakap, suara I tak bulat. Macam mana nak bulat kan suara? (0.o)??
Haaaaa.. Nie nak bangga sikit nie. Malam tu perasmi adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.. And and and, dalam ucapan beliau, beliau memuji kami para emcee nie. Wah! Kelas gitewwww. hahaha.. Yeah, nak bangga sekali sekala. LOL. :D 

Dah lah screen besar gyle. And most of the time, pak cik cameramen tu focus dekat kitorang je.  
Rasa macam diva pulak dekat depan tu.
 HAHAHA.  Nie ha gambar. Kaka Ika yang amek. Love you lah kakak!

tu saya! tu saya! Cik Bie yang sebelah saya! Well, duhhhh. =.='

Haaa... Kalau tengok gambar tu kan, tinggi kitorang nampak sama je kan? Sebenarnya, Cik Bie kena berdiri atas platform. HAHAHA. Sebab kalau tak, ketinggian yang tidak seimbang nampak begitu ketara. :D Ampun Cik Bie!! :B And, waktu awal awal tu kan, I pon saja je berdiri dekat atas platform tu, and ada seorang VIP nie nampak, and I cepat2 lah turun, dia buat muka terkejut and then gelak. Kehkehkeh.

And the ceremony went smooth. As planned. Cuma di akhir2 tu ada masalah teknikal sikit. Nak nyanyi lagu kolej tapi tak keluar muzik. So, I pon tepuk2 tangan Cik Bie soh dy umumkan, and nasib baik kitorang dah prepare skrip untuk kalau berlaku emergency. So Cik Bie went to save the night! haha.. 

And, memang rasa nak cium kuat kuat je kedua dua belah pipi setiap warga Dayasari! 

 Sebab even tak ada iringan muzik pon, semua nyanyi dengan semangat and berkobar kobar. Bergema grand ballroom tu. Kiteww terharuwww angattttttt. hikhikhik. gedik. Tapi seriously, semua nanyi semangat2, VIP pon. Termasuklah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (adeh, penjang betul salutasi dy) pon nyanyi jugak sebab beliau pon dulu bekas 5th jugak. So macam gempak lah everyone dok nyanyi. Yes, I love Dayasari! Tiba tiba. ^^

And pasal crowd pulak.. Mak aih.. Dasat-dasat! Especially the girls. Fashion yang tak pernah dilihat pon terlihat malam itu. Tambah pulak tema dia warna merah, putih n hitam. So memang merah Mak Ngah lah everyone. Meletups habisss.. Boleh pilih nak yang mana. Semua macam retissss dah. hehe.  I pulak didn't spend a cent pun for this dinner. haha. Pakai baju dinner time foundation dulu, kasut yang sama, scarf yang sama, tudung je lain sikit, and still pakai headpiece tu, tapi modified sikit. And make up pun sendiri, tak tebal langsung. haha. Pakai penggarismata and kayubibir jewwwwww. kehkeh.

And, yang dapat anugerah pakaian terindah untuk si gadis dapat dekat our lovely kakak Mira Edora. She is adorable! Baju dia kaler maroon2 sikit and ada beads banyak. Sangat cantik and menawan! And untuk jejaka pulak, sengat legend. Frank orang panggil dia, Nama sebenar tak diketahui. Dia dah menang berapa kali berturut2 pun tak tahu lah. Dasat gilaaaaa... Tabik spring lah dekat beliau. Tapi kalau tengok pon, beliau memang layak laaa.. Sangat bergaya and handsome gitewwww. :D

Nakkkkk sangat tahu apa response orang pasal MPD nie. huhu.. Komen pasal emcee, pasal food, pasal multimedia, pasal ushers, pasal venue, pasal artis (btw, kitorang jemput Fiq Mentor tuu datang nyanyi), and pasal macam macam lah, huhu. Nanti boleh lagy improve. huhu.

Ini adalah sedikit sebanyak gambar yang berjaya diambil oleh mereka yang bawak kamera. I didn't bring mine. Tertinggal dekat dalam bolik hotel. I know. Silly me. Serupa tak payah bawak datang langsung kan? LOL. So, just scroll down okeh. :)

The sweet Kakak Ika

All the single ladies~ From right: Jaja, Zati, Zaf.
The hot Emma Bananina

The petite Kakak Nowi

Beautiful Kakak Miwa

Pilih pilih mana mahu :P

Terasa kurus pulak dalam ini gambar. :D From right: Marwan, Kakak Nabila(mama), Kakak Miwa, Pink

MAMA!

If you notice, almost semua pose I sama je KUIKUIKUI.. :D 

So, that's all for now. Tak banyak sgt gmbr. ^^ And hope to meet all the Dayasarians lagy next year untuk MPD 2012/2013. Till then, toodles peeps!

Eh kejap kejap kejap! Nie nak tunjuk gambar time Dinner Asasi dengan Dinner MPD. Cer tengok cer tengok cer tengok. Ada beza tak? :P

MPD 2012 (gambar blur pulak)





ASASI 2011 (Tudung terkeluar pulak)
Can you spot the differences? :P