Friday 23 March 2012

Tolong lah flush!

Nie yang nak marah nie. Nak marah sangat sangat. Geram tahu tak?? GERAM!

Tahu tak apa fungsi tali yang tergantung dekat atas benda air dalam toilet tu?  Ala..... Yang boleh tarik tarik tuu.. Tu kalau toilet cangkung. Kalau toilet duduk, yang ada punat untuk ditolak ke bawah tu. Haa... Kalau nak tahu, fungsi dia, untuk ditarik selepas anda melabur saham di tandas. Faham tak? Ke berkias sangat?

Lepas korang dah shee shee or poo poo, 
TARIK TALI TU SUPAYA BAHAN BUANGAN KORANG DITELAN KE DALAM MANGKUK JAMBAN TERSEBUT.

"Tali tu bukan untuk perhiasan. Paling penting, bahan buangan korang yang terdampar dekat mangkuk tandas tu paling bukan perhiasan. Tak ada siapa nak tengok. Tepu otak kalau ternampak tahu tak?" marah dalam hati.

Suka kan nak bagi orang marah and sumpah sumpah? Hisyyy... Kalau budak umur 2, 3 tahun tu consider jugak lah nak buat perangai tak beretika macam tu. Ini?? Dah boleh nak kahwin pun perangai jijik? Tak malu ke?? My God people! You have issues!

Tak susah pun lah nak tarik kasi flush.. Tak guna kudrat macam berlari 100m sprint race. Or kudrat yang diguna kan untuk angkat orang tak berapa kurus 100kg. Come on lah.. Tandas tu, tandas awam, tandas bersama. Kalau tandas yang korang bina sendiri, buat piping sendiri, letak mangkuk tandas sendiri untuk kegunaan peribadi tak apa lah.. Masalah nya, tandas nie kita kongsi ramai ramai!!! Faham tak? Ke nak cakap Bahasa Ferrranchis baru nak faham?

Bila dah marah nie, rasa macam uban dah tumbuh 10 utas. Sia sia je. Macam cakap dengan dinding. Tak tak. Macam cakap dengan mangkuk jamban itu sendiri. Macam lah orang yang tinggal kan hasil buangan mereka tu baca blog nie. Grrr!

Rasa macam nak tampal notis besar besar dekat tandas tu,  
SILA FLUSH JANGAN HANYA TAHU FLASH! 
It rhymes! Good.

Hisy... Marah betul la dekat orang mcm nie! grr!

Disebabkan hal ini, entry sebenar tak dapat di post. Disebbkan hal ini, me being a mother of 16 pun tak boleh nak cerita. Disebabkan hal ini., my adorable + cute + sweet + + + + 6 years old children tak dapat nak tunjuk gmbar dyorang.. Grr!

Semua disebabkan orang yang tak reti nak flush! Grrr!

Pesanan penaja: TOLONG LAH FLUSH SELEPAS ANDA MEMBUANG! PERANGAI ELOK SIKIT BOLEH? grr!

No comments:

Post a Comment